Nuffnang Ads

Saya chenta Starbucks

2 pendapat
Malam ni aku tahu aku dah minum air dosa. Haha. Taram je aku minum Frapp malam-malam. Tapi nak buat macam mana, air kesayangan aku. Disebabkan call centre Starbucks macam haraaaam, aku mengambil inisiatif untuk pergi ke kedai Starbucks yang konon suruh aku reload guna khidmat call centre sebab offline kat kedai hari tu.

Mula-mula yang layan aku tu budak baru, jadi dia tak kenal aku. Pastu dia cakaplah, hari tu you purchase Journal tu..bla..bla..bla. Aku pun terangkan kejadian hari tu. Garu-garu gak dia dengar. Pastu susah sangat, dia panggil manager dia. Manager dia ni, mulut punyalah manis. Manis lagi dari gula kaaaau. Tak kisahlah, mulut dia manis ke apa, tapi yang paling best aku dapat balik duit reload RM88 hengget aku. Yeayyyy, tak sia-sia usaha malam ni.

Yang paling buat aku happy hari ini ialah.. .. Tedengggggggg

KO ADE??? 

Wahhh, sejak Disember hari tu, dah sebulan aku tak dengar orang kata aku cantik. Wahh, terima kasihlah adik barista sebab ambil hati akak ni haaaa. Really made my day. Kan best ada orang yang sentiasa ambil hati aku macam ni. Tapi sayang seribu kali sayang. huhuhuhu. Marilah menangis bersama-sama wahai wanita yang tiada kekasih romantika.

Jadi tak jadilah aku berpaling tadah daripada Starbucks. Sekiaaan.

P's: Manager Barista ni siap nak teman sampai kereta. Siot je, malu aku.



Read more »

Tips berjogging

2 pendapat
Haa, bestnya baru balik jogging. Dah lama tak berjogging secara produktif macam ni. Haha. Tak sangka aku sungguh berdedikasi tadi. Habis semua peluh jantan (jantan?) aku keluar. 


Sebenarnya dengan jogging sahaja boleh turun berat badan. Tak percaya? Sebab berat korang tak turun kan kaaan. Haha. Kesian korangkan, jogging hari-hari pun sentap berat tak turun, dah tu lepas jogging hentam nasi dua pinggan lepas tu jogging pun asyik berborak je lepastu tangan je hayun lebih, kaki tang tuuuu juga. Haha. Percaya atau tidak, aku berjogging macam berlari hari ni. Hihi. Nah tau tipsnya apa? Jom baca lagi.

Paling penting sekali, korang berjogging mesti ada misi. Kalau korang kata aku jogging sebab nak cantik time sarung baju pengantin korang salah. Haha. Sebab berbulan-bulan aku duk fikir nak diet sebab nak kahwin, takde makne pun aku pergi jogging. Haha. Aku jogging sebab 25hb aku ada competition relay 4x4. Aku kalau masuk pertandingan, aku pantang kalau aku kalah. Jaaadddiii, dengan penuh keazamannya aku turun tasik Shah Alam hari ini. (Dah lama tak lari, not bad  for first day).

Nombor 2, hentikanlah dress up nak pergi jogging. Korang ingat korang pergi cari jodoh??? Aku tengok ramai bebenar budak UITM ke UNISEL ke terkedek-kedek sambil bergelak ketawa pastu sibuk komen-komen aku lari camne time aku pass by mereka. (Kesian, dress up pun takde orang nak ngorat. Mesti jeles dengan aku. haa haa haa).

Nombor 3. Ini yang paling menjadi. Korang perhatikan setiap orang yang lari depan korang. Pastu tengok gaya mereka lari. Ini hiburan bercampur motivasi tahu! Lepas tu, apa lagi, korang tirulah cara diorang lari. Aku suka tukar-tukar, sekejap aku tiru orang ni, sekejap aku tiru orang tu. Aku berhenti masa diorang berhenti je. Best gila!

Yang paling best tadi masa hujan, orang terakhir aku tiru gaya dia lari, dia perasan aku tiru. Dia lari dengan sorang kawan dia. Tiba-tiba je. "JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH" "kau boleh""KAU HAMPIR BOLEH MELAKUKAN" "JIKA KAU FIKIRKAN RAGU-RAGU, USAHAMU TIDAK MENENTU".. BLA BLA BLAAAAA. Siottttt. Hahahaha. Lagi terbakar aku nak berlari. Hahahaha. Oleh itu, siapa saja si pelari dua ekor di tasik Shah Alam itu, sekiranya korang terbaca blog aku, aku nak ucapkan TERIMA KAAAASIH!!!! Semoga esok korang ada lagi.

P's: Happy Birthday Kak Long!!!!!!!!!!!!! I Love Youuu!


Read more »

Beware: Starbucks Reload

0 pendapat
2 minggu lepas aku reload Starbucks card aku sebab aku nak diary starbucks tu. Kebetulan waktu tu, sistem reload dia offline. Aku tanya macam mana nak reload kalau offline. Budak barista tu cakap boleh kak, akak purchase dulu, nanti akak kol call centre Starbucks, lepas tu bagi bill no.

Ha ni bil dia.

Malam yang sama tu juga aku kol call centre. Dia katalah sekarang ni cuti, Jumaat depan baru boleh clear. Jadi semalam aku dengan Hisyam pergi minum dekat Sunway Starbucks tu, aku checkla balance aku. Ada tiga ringgit je kat dalam. Aku dah nak hangin dah ni, pastu Barista tu cakap nanti kol lagi sekali. 

Aku kol la call centre lagi sekali. Kali ni operator tu cakap dekat resit tu tulis aku beli planner 88 hengget. Kepala hotak dia. Suara aku dah mula tinggi dah. Dia sendiri tahu kau reload 100, dapat planner free. Apa jadah aku nak beli planner tu sampai harga 88 hengget. Lepas cakap nak investigate cerita sebenar semua. Homaigoddddd, loyal customer pun korang tak reti jaga ke?

P's: 3 hari lagi ko tak clearkan reload aku, That's it. Aku pindah Coffee Bean. Stupid System.

Read more »

Thai Thai Sunway Pyramid

0 pendapat

Cik kak atas ni senyum-senyum simpul kenapa agaknya ya? Sebab perut kenyanglah tu. Haha. Kali ni aku tak jalan-jalan cari makan dengan tunang sebab dia dah jauh. Jadi aku keluar dengan kawan sekolah aku. 12 tahun dah kawan dengan mamat COOL ni. 

Kali ni aku pergi makan dekat Restoran Thai Thai. Rasa korang mesti perasan kot, dia dekat dengan Bubba Gump dan Ole-ole Bali. Mula-mula masuk kedai, rasa macam seronok je. Hihi.

Apa kitorang makan ye?


Kitorang start dengan Miang Kum. Ini memang appetizer orang Thai. Macam mana nak makan? Meh aku tunjuk.

Mula-mula, korang lipat daun kaduk(kot) ni macam pita pocket.

Haa, macam ni

Lepas tu, korang masukkan ramuan dia macam kepala goreng, udang kering, kacang, limau nipis, cili padi dan yg kuning tu aku lupa apa, pastu tambah kuah dia. 

Pastu terus ngapppp masuk mulut. Omaigod! Sedapnya, Allah saja yang tahu. (Wajib cuba). 

Main Course dia apa pula?


Sayur kitorang ambil brokoli dengan cendawan. Ayam, kami order Green curry chicken. Kari ni memang sedap. Makan dengan nasi!

Tomyam, tomyam, tomyamm! Sebab kenapa kami terlajak masuk Thai Thai. 

Aku sebenarnya daripada hari tu nak makan tom yam kuung dekat Secret Recipe tu. Tak dapat, dapat. Siap pergi sorang-sorang malam-malam cari. Dekat Seksyen 9 dah discontinue dekat seksyen 7 pula tutup awal. Macam taknak berniaga je.  Tom yam Goong dalam gambar ni sedap jugak, tapi dia ada rasa manis lebih sikit. Aku pun tak sure kenapa, mungkinlah tukang masak ore kelate. Hihi. 

Tapi semua pun sedaaaaaaap!




Read more »
 

Copyright © 2010 • ÉMÄ Nordin • Design by Dzignine, Blogger Blog Templates