Beberapa hari ini saya mengalami isu usus yang membuatkan saya tidak selesa dan risau akan kesihatan saya. Sejak beberapa bulan lalu, saya mengalami pendarahan apabila mengerjakan berak (okey, bunyi macam mengerjakan solat pula), akibat daripada sembelit. Sebagai langkah mengatasi, saya berjumpa doktor dan telah dinasihatkan untuk makan seberapa banyak buah dan minum air dalam kadar yang banyak. Saya dibekalkan pil dan serbuk fiber untuk proses pelawasan yang lebih berkesan. Saya sedar pendarahan ini disebabkan luka di bahagian dubur akibat geseran tahi keras (gelaklah weh, nanti kena kat korang kang baru tao). Setelah beberapa ketika, luka tersebut sudahpun sembuh.
Al-kisahnya, hari ini dubur saya berdarah kembali, sedih tahu sebab pedih! Ini disebabkan saya mengalami tahi keras lagi setelah 3 hari tidak membuang air besar. Masin sungguh mulut teman lelaki saya ya. Katanya 'tahan berak, membawa padah!'. Padah akhirnya telah menimpa saya dan tahi saya.. Hooo. Jadi saya telah membuat penyelidikan dengan melayari internet dan terjumpa dengan perbualan ini. Sila baca ya.
Ini bukan dubur saya, jangan memandai ye!
Pesakit bertanya :
assalamualaikum.
Dr..saya berumur 23 tahun..adakah saya berkemungkinan menghidap kanser usus? beberapa hari kebelakangan ni saya akan buang air besar setiap pagi..sebelum ni saya selalu sembelit. pagi tadi ada pendarahan masa buang air besar..warna darah – merah macam luka. beberapa bulan lepas pun pernah beberapa kali terjadi macam ni..dan beberapa bulan lepas najis berwarna gelap (hampir kehitaman)..sekarang, setiap masa rasa macam nak buang air besar (tapi perut tak la rasa sakit memulas pun)..lagi satu soalan, macam mana nak bezakan buasir dengan kanser usus? adakah buasir cuma berlaku pada orang yang sembelit sahaja?
Dr. Membalas :
Wa’alaikumsalam wr. wb.
Mengenai soalan pertama, masaalah buang air besar berdarah dan darah berwarna merah adalah mungkin disebabkan permasaalahan yang berlaku disekitar dan dalam dubur (anus) atau rektum. Bayak keadaan ianya mungkin disebabkan oleh buasir (haemorrhoids) atau fissure-in-ano (luka pada bahagian dubur). Buasir secara umumnya tidak menyebabkan kesakitan atau pedih pada bahagian dubur ketika atau selepas membuang air besar. Manakala fissure-in-ano, pesakit akan merasa pedih pada bahagian dubur ketika dan selepas membuang air besar.
Punca lain pendarah ketika membuang air besar adalah disebabkan oleh polyp (benjolan) pada permukaan rektum. Kanser jarang menyerang mereka yang muda kecuali jika ianya berkaitan dengan keturunan (hereditary).
Secara umumnya buasir adalah penyakit yang benign dan dibahagikan kepada 4 peringkat. Simptom/gejala utama buasir ialah berak berdarah dan darah yang keluar berwarna merah. Gejala buasir peringkat 1 ialah berak berdarah sahaja. Gejala buasir peringkat ke 2 ialah berak berdarah dan keluarnya buasir melalui dubur dan buasir akan masuk semula kedalam dubur secara sepontan/sendiri. Buasir peringkat ke 3 berlaku apabila pesakit mengalami gejala berak berdarah dan keluarnya buasir dan perlu kepada tolakkan untuk memasukkannya semula ke dalam dubur. Buasir peringkat ke 4 berlaku apabila buasir keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur. Bagi buasir peringkat pertama, ke 2 dan ke 3, pengesahan/diagnosis hanya boleh dibuat selepas pemeriksaan proktoskopi.
Mengenai kanser usus, sila rujuk kepada artikel yang telah saya tulis secara ringkas dalam ruangan ini.
Wassalam.
Jadi dengan perbualan ini, terjawablah kerisauan saya itu. Saya mengalami fissure-in-ano.. Perkara begini sering terjadi kepada ramai orang, jadi saya tidak perlu terlalu risau dan perlu sentiasa menjaga kesihatan usus saya.. juga dubur ya. Sekiranya anda mengalami perkara yang sama, rajin-rajinlah berjumpa doktor, kerana dikhuatiri dijangkiti kanser pula.
P's : Janganla malu-malu sangat na tunjuk bontot kat doktor tu, korang hengat dr tu hengen sangat nak tengok ke? Nasihat saya, tunjuklah bontot agar kita sihat daripada kanser! (Saya pun takde masa nak tunjuk bontot~ )



18 pendapat:
wuiyo..ngeri nye,,kene bnyk makan sayur la cmnih...
kentut berdarah bahaya tk?
cufa pon penah kena, seksa woo~
tapi skang jarang la. hihi :)
ngeri, huhu~~
kya~~~ takot nye.. nasib bex la minum air and makan sayur selalu..
hahhaaaaaaaaaaaaa cuak..aku dolu pernah jgk mengalaminya. smpkan nak gtaw kat mak aku berak berdarah pon malu. g klinik, dr nak tgk bontot aku, mati2 aku xbagi. dr ckp klo xbg tgk cmne nak confirm aku ni buasir or tak. hamboih dr nak amek kesempatan nampak.
p.s : bontot aku tetap blom dinodai oley dr okei. aku pertahankan jgk tak bagi dr tgk bontot aku . mak aku pon tak pernah tgk bontot aku dah sejak aku pandaia basuh berak sendiri. malu la i nyah muahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
pengalaman unik pasal luka di dubur tue...tapi ok lagi kot...compare ngan saya dah 2 kali operate sebab nanah
ekkk hazman..dasyatnye..huhuuu
pagi tadi aku menjerit pasal aku berak kuar darah....sakit giler....ni la akibat mkn pedas ngan kering kot....sakit woooo
huuu...dasatnye gambo
noor..sib baek bukan dubur mia yer..
gile geli gmbr dubur tuh.. yekss..
hati-hati jgn kena buasir nanti susah kalau nak bersalin
info tentang buasir di SIHAT SELALU - Punca dan Rawatan Buasir
sy sharifah.3 tahun lalu masa bsalin,buasir sbesar biji buah rambutan keluar dr dubur.lps bberapa hari buasir tu masuk balik dgn sendirinya.sjk awal tahun ni,sy kerap berak darah.pd sy mgkin kerana najis yg keras..dan semggu yg lalu saya alami sesuatu yg menyakitkn di mana sy x dapat baring,duduk,berdiri,bjalan dan semuanya serba x kena di sbbkan dubur sy pedih dan rasa panas tbakar.kmarin sy bjumpa doc pakar.lepas dia tgk(terpaksa bg tgk)sy di sahkan mengalami buasir tahap 4.tahap paling kronik dan akn jalani pembedahan.sedih di hati kerana nasihat suami,suruh pi periksa awal2 sy tolak.dan sekarang tgh menunggu panggilan dari pihak hospital sja.takut pun ada tapi tawakal dan bdoa segalanya brjalan dgn lancar.amin..
ngeri ooo..saya pn sama..anak 3..bleeding teruk sampai dh pucat berlarutan 5 bln lbh n br nak g jumpa doc..bagi sy kan..klu dh sakit x yah malu..bt merana diri sendiri ja..skang ni br lps bt surgery guna PPH..actually br 3rd degree..so tempoh berpantang bab mkn la ler..so better klu dh sakit, diganos dlu n minta suggestion doc..apa pun sayangilah diri anda..
nais info neh..mampir balik ya gan, ada info terbaru nih klik...Letusan Gunung Api Terdahsyat Dalam Sejarah
As salam...aku pun mngalami perkara yg sama dgn penulis blog ni. Mmg siksa..dktr bg aku ubat daflon n anucare utk masuk dlm. Sakit woo...i tell uu. Nak tnya Ema nor..ubat apa yg dktr rekomen ka?
Aku pn ta ingat. Yang pasti bila da lepas beranak ni, dia berdarah balik. Sigh~
Post a Comment