Sunday, August 15, 2010

PRODUK YANG DISENARAI HITAM KEMENTERIAN KESIHATAN!

Di helaian 2, Berita Minggu, Berita Harian hari ini ada memberitakan tentang pengeluar produk kesihatan yang sungguh tidak jujur dalam berniaga. Selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampur produk mereka dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pelanggan. Dasar peniaga tamak haloba, mahu untung, nyawa pelanggan digadai. Berikut adalah produk-produk yang hanya manisnya sementara cuma maut sahaja yang berjanji setia :

Produk kosmetik yang mengandungi hidroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Krim Malam Misha
  • Ratna Sari Whitening Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Natasya Krim Herba
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream
  • Zara Rejuvenation Crea,
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream


Produk pelangsing badan berdaftar yang mengandungi sibutramine (sibutramine ni untuk kurangkan selera sebenarnya boleh mengundang penyakit kronik tahu!):

  • Kintop
  • Amberine
  • Senna Plus Capsule
  • Phytoshape
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Lami (yang ni tak berdaftar)



Produk berasaskan makanan yang mengandungi sibutramine:



  • Obexlim
  • Body Lift Biodex
  • Slimax Coffee
  • NP Trimz
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz
Kalau mahu cantik pun, janganlah terlalu taksub sehingga sanggup bergadai nyawa. Kalau nak sangat putih, pergi jumpa doktor kulit. Mereka punya cara yang lebih selamat untuk itu. Lagipun bagi saya walaupun putih tu kelihatan menarik, tapi ketahuilah, kecantikan luaran tidak dapat menandingi kecantikan dalaman. Kalau kulit putih, tetapi hati hitam, suka mengumpat, suka berasa diri cantik, suka menghina orang lain, suka bla bla bla.. Rasanya pandangan cantik tu sekejap sahaja bertahan,.. Orang benci juga akhirnya. Pergi beli ubat putihkan hati ya. Ubatnya murah sahaja, rasanya Al-Quran pun cukup. 

P's : Mia pernah guna Natasya krim dengan Tia Amelia Jeragat tu. Memanglah putih, tapi putih sangat. Tak lawa sebab tak kena dengan kulit Mia yang kuning langsat. Mia pakai sekejap sahaja, sebab Mia rasa was-was dengan effect dia. Semoga anda juga menjadi pengguna yang bijak ya~

4 pendapat:

Post a Comment