Potongan rambut yang sesuai untuk bentuk muka anda!

Sebagai seorang perempuan, kita semestinya terdorong untuk kelihatan cantik. Kadang-kadang cubaan kita untuk cantik itu menjadikan kita mangsa fesyen pula. Rambut adalah salah satu aset yang dapat menukar penampilan kita dengan hanya sekelip mata sahaja tapi berjaga-jaga, jika tersalah potong pasti berbulan-bulan lamanya kita dilabel h.u.d.u.h. hihi.

Jadi, hari ini saya akan memberi sedikit tip untuk mencari potongan rambut yang boleh membuatkan anda nampak hebat mengikut bentuk muka anda!

Bentuk muka bulat


 
Jika anda mempunyai bentuk muka bulat, apa yang anda perlu lakukan ialah mengurangkan ketebalan rambut disekeliling muka anda. Anda juga hendaklah memastikan muka bulat anda tidak kelihatan BULAT!
Potongan yang sesuai dengan anda : Cuba potongan rambut paras bawah dagu. Soft layers dapat membuatkan muka anda kelihatan lebih tirus. Bangs juga cantik, tapi biarkan ia panjnag atau disikat ke tepi.
Elakkan : Potongan tanpa layer jika rambut anda pendek. Rambut pendek kerinting juga sangat huduh untuk anda ya!

Bentuk muka empat segi


 

Jika anda mempunya bentuk muka ini, anda perlu melembutkan bentuk rahang anda. Tambahkan tekstrur pada rambut contohnya curls! Anda juga bole menggayakan potongan pendek, spiky cts dan long, sleek styles berlayer asalkan potongan-potongan ini bermula pada garis rahang ke bawah.
Elakkan :Bobs sama panjang (terutama paras dagu) dan bangs tanpa layer. Ini akan membuatkan muka kamu bertambah kotak!!

Bentuk muka bujur


 

Wah! Anda adalah di antara yang beruntungtungtungtung! Bentuk wajah ini boleh menggayakan apa jenis potongan pun; pendek, panjang, lurus, bergulung, pendek kata semua pun boleh! Jadi untuk mencari potongan yang paling sesuai, ambil kira feature terbaik anda.
Jika anda punya struktur tulang muka yang cantik, gayakan angular bob yang dapat menonjolkan dagu anda. Jika anda punya mata yang cantik (seperti saya), gayakan bangs!

Bentuk muka panjang (Oblong)


 

Aahhhh, bentuk muka panjang memang suka menentang arus yaa~ Potongan terbaik untuk bentuk muka jenis ini ialah yang tidak terlalu panjang dan yang agak kembang-kembang~
Potongan yang sesuai untuk anda : Bangs yang menutup bulu kening, Bobs paras dagu juga sesuai kerana ia membuatkan muka anda nampak lebih besar, Bob paras bahu juga cantik. Buat potongan rambut anda sedikit pendek di belakang untuk mengelakkan ia kelihat boring~ Curls dan alun sangat sesuai untuk anda kerana ia menambahkan kembang~
Elakkan : Rambut terlalu panjang dan lurus!

Bentuk muka love~


 

Dagu kamu yang menonjol selalu menjadi fokus utama di muka anda. Jadi untuk menarik perhatian tersebut ke mata dan tulang pipi anda, gayakan fringe yang menutupi bulu kening dan rambut berpotongan paras garisan rahang ke bawah.
Elakkan : Potongan pendek, bangs sama rata, choppy layers.


Nah! Sekarang anda sudah pun mendapat idea bagaimana untuk menggayakan rambut anda untuk Hari Raya yang bakal menjelma~ Selamat mencubaaa!!


0 pendapat: