Tiada yang lebih menakutkan bagi seorang wanita daripada kedatangan period yang lewat, kecualilah sekiranya dia berusaha untuk hamil. Adakah saya hamil? Kehamilan adalah perkara pertama yang kita fikirkan ketika period kita tertunda. Tapi apakah kehamilan adalah satu-satunya alasan bagi orang untuk mempunyai period lewat? Ini adalah 10 alasan yang paling umum untuk menjawab mengapa period anda lewat:
Stres

Stress dapat mempengaruhi banyak hal dalam hidup kita, termasuk period kita. Kadang-kadang kami begitu stres sehingga tubuh kita menurunkan jumlah hormon (GnRH), yang menyebabkan kita untuk tidak berovulasi atau menstruasi. Doktor atau bidan boleh membantu anda mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk rileks dan kembali mengikut jadual period.
Penyakit
Sebuah penyakit yang tiba-tiba dalam waktu yang sekejap atau lama boleh menyebabkan menstruasi anda tertunda. Ini biasanya bersifat sementara.
Perubahan Jadual
Mengubah jadual benar-benar dapat memesongkan jam tubuh anda. Hal ini berlaku terutamanya jika terdapat pertukaran waktu kerja dari pagi ke malam atau sebaliknya.
Perubahan dalam pengambilan ubat
Berkemungkinan cubaan anda mencuba r
awatan baru menyebabkan tempoh period tertunda atau tiada. Pastikan anda bercakap dengan doktor atau bidan tentang kesan samping ini. Hal ini biasa terjadi bagi pengamal perubatan untuk mengawal kehamilan.
Kegemukan

Keadaan berat badan yang terlalu banyak hormon boleh mengubah kitaran haid anda dan bahkan menghentikannya. Kebanyakan wanita akan kembali ke kitaran biasa dan mencapai kesuburan dengan kehilangan berat badan.
Terlalu kurus
Jika anda tidak mempunyai cukup lemak pada badan, anda tidak akan mempunyai period yang teratur, kadang-kadang ini akan menyebabkan menstruasi anda untuk berhenti terus daripada terhasil. Ini disebut amenorrhea. Biasanya berat badan akan membantu anda memiliki kembali period anda. Ini adalah penyebab yang sering dialami oleh wanita yang bekerja dalam bidang ekstrim atau atlet profesional.Salah hitung
Kitaran haid berbeza-beza dari wanita dengan wanita yang lain. Kita sentiasa mengatakan bahawa kitaran menstruasi rata-rata adalah 28 hari, sebenarnya adalah salah dan kitaran tersebut sebenarnya bergantung kepada seseorang individu. Kadang-kadang kita menganggap bahawa period kita lambat walhal sebenarnya kita hanya tersalah hitung. Jika anda mempunyai kitaran haid tidak teratur, tapi tahu bialakh anda mengalami ovulasi, perhatikan haid anda sekitar dua minggu selepas anda berovulasi. Ini dapat membantu anda lebih mudah mengesan period anda.
Peri-Menopause
Peri-menopause adalah tempoh masa di mana anda mengalami peralihan dari usia reproduktif menjadi usia non-reproduktif. Period anda mungkin menjadi lebih ringan, berat, lebih kerap atau berkurnagan - atau tidak normal. Jika anda tidak ingin hamil, pastikan anda terus menggunakan kontrasepsi kerana anda mungkin masih subur sekurang-kurangnya beberapa waktu.
Mati haid
Menopause tejadi apabila anda telah mencapai titik dalam kehidupan anda di mana anda tidak akan lagi berovulasi atau menstruasi. Menopause hanyalah peristiwa kehidupan alam atau mungkin berlaku melalui pembedahan histerektomi atau melalui kimia seperti kemoterapi.
Kehamilan
Akhirnya! Ya, period yang tidak kunjung tiba mungkin disebabkan anda sedang hamil! Membuat ujian kehamilan biasanya boleh membantu anda menentukan sama ada anda mengalami kelewatan period kerana anda sedang hamil atau sebaliknya.
Jadi, sebagai wanita kita perlu prihatin dengan setiap aktiviti tubuh badan kita. Jagalah kesihatan kita agar kita dapat menjaga orang yang disayangi~


6 pendapat:
good info..
aku pun dah tau gak sume mende2 ni sbb slalu kire hehe
eh aku laki..tp kire sape punye paham2 lah kan
baca ckit,,xleh lebih2..org laki..x sesuai..hehehe,,:)
CPU-Z Pencari Identiti
4bulan ni, kitaran period dak degil mmg cantik,28hari semua...
syukurlah tade masalah so tade risau..hehe..
tapi dulu penah sampai 32hari..takut gak..
hhuahhauhau... ni kire-kire ni mesti da kawen ni.. tunggu tuttt eeeeh~
mia..
my period on time...tapi senggugut selalu..urghhh...btl ke org ckp nnti susah nak pregnant??
tkt lahh... =(
nice info beb!!
:)
Post a Comment