Friday, December 3, 2010

perasan cantik, apa ubatnya?

Seperti hari-hari biasa, saya akan sentiasa mencuri masa untuk berblogwalking. Jadi selepas mengemaskini blog saya, saya pun berjalan-jalan ke blog rakan-rakan. Mata saya terlekat pada sebuah blog si gadis manis yang terlalu banyak meletakkan gambarnya di blog. Langkah-langkah tersebut semestinya memaku seketika  jari saya di keyboard. (Kalau saya pun terleka, apatah lagi lelaki kaaan).
Saya terbaca satu entri beliau tentang seorang anon (anonymous) yang mengutuk beliau dengan ayat kesat. Kebanyakannya tentang diri beliau yang perasan cantik. Sebenarnya saya juga berpendapat demikian. BELIAU PERASAN CANTIK. Tapi saya sentiasa berfikir kembali tentang pemikiran buruk saya tentang orang lain. Siapakah saya untuk mengutuk beliau. Internet ini nenek saya punya kah? Semestinya saya tiada hal untuk membabitkan diri dengan dosa kering seperti itu.
Berbalik kepada kutukan yang beliau alami. Saya sendiri tidak setuju dengan tindakan si anon yang mengutuk keras si gadis perasan cantik ini. Sepatutnya, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut DIAM! Tapi saya rasa perkara sebegini sangat sukar dielakkan di kalangan masyarakat melayu yang saaaannnggaaattt prihatin ini. Mungkin si gadis sendiri perlu tahu bagaimana pandangan masyarakat terhadap beliau. Saya bukan sesiapa untuk memberi nasihat. Memadai jika saya katakan saya sudah melalui fasa tersebut dan iktibarnya perlulah dikongsi bersama.
Untuk mengatasi sikap syok sendiri perasan CHANTIK ini. Saya ada sedikit tips untuk dikongsi. Antaranya ialah :

  • Sentiasa menyedari bahawa kecantikan yang dianugerahkan bukanlah milik kita secara mutlaknya.
  • Sentiasa sedar bahawa masih ramai lagi yang lebih cantik dari kita.
  • Pujilah Allah apabila melihat wajah di cermin, jangan puji diri sendiri pula. Memadai dengan perkataan Alhamdullillah.
Itu sahaja tips saya. Hihi. Yang penting, dengan membanteras perasaan perasan cantik ini, anda bukan sahaja dapat memupuk sifat rendah diri, malah orang sekeliling akan lebih menyenangi anda. Dan yang paling best, anda telah menolong saudara sesama Islam anda untuk mengurangkan dosanya daripda mengutuk anda. Semoga kita sentiasa di alndasan yang betul ya!

3 pendapat:

Post a Comment