7 Cara Pikat Hati Lelaki

Pada pendapat umum, lelaki lebih mudah dipikat berbanding perempuan. Ini dapat dilihat apabila lelaki jarang dipikat berbanding wanita, dan dengan hanya sedikit daya pemikat daripada sang jelita pastinya si lelaki akan terus terpikat.

Sepertimana kita, wanita sukakan seorang lelaki yang penuh keyakinan untuk menjadi pasangan. Lelaki juga menginginkan pasangan yang berkeyakinan. Sentiasa positif dengan diri dan paras rupa anda, ini bukan sahaja akan menambahkan keyakinan diri, malah dapat menarik perhatian lelaki.

Pada hari ini, lelaki lebih sukakan wanita yang berdikari. Sedikit maskulin di dalam diri seorang wanita mampu menarik perhatian lelaki. Sesetengah lelaki juga senang terpaut dengan wanita yang bijak. Sekiranya anda seorang yang kreatif, bijak dan sentiasa mengetahui apa yang anda mahu, pamerkannya di hadapan lelaki yang dipuja. Pasti anda pula akan dipuja mereka.

Walau apa pun, sentiasalah berpijak di bumi nyata. Jadilah diri anda sendiri dan ketahuilah, anda tidak dapat menarik perhatian semua lelaki di luar sana namun sekiranya anda terlalu berusaha untuk memikat hati lelaki-lelaki ini, berkemungkinan anda akan kehilangan originaliti diri anda sendiri. Ingat, pasangan yang paling sesuai buat anda ialah si dia yang menerima diri anda seadanya.


7 TIPS RINGKAS BAGAIMANA CARA MEMIKAT HATI LELAKI

  1. Senyumlah selalu kerana ini akan membuatkan hatinya cair apabila melihat anda dan juga dapat membantu anda dan si dia relaks walaupun dalam suasana yang tegang,
  2. Lelaki sukakan wanita yang menyenangkan dan menyeronokkan. Janganlah terlalu kaku/cemas/gelabah/diam seribu bahasa apabila anda berdua keluar bersama.
  3. Tiada lagi istilah perigi cari timba. Beranikan diri anda untuk menyatakan perasaan yang terbuku dalam hati. Mungkin si dia lebih menyukai cara ini kerana dirasakan anda seorang yang berani dan tahu apa yang anda inginkan.
  4. Sepertimana anda suka dipuji, lelaki juga sukakan pujian. Sekali sekala pujilah si dia dengan kata-kata "you nampak handsome hari ini~".
  5. Pandanglah ke matanya dan senyum selama 2 saat. Jangan tenung ya, nanti rimas pula jadinya.
  6. Pakailah wangi-wangian yang sedap. Wangian bukan sahaja dapat menambah keyakinan diri, malah dapat menambat lelaki pujaan.
  7. Latih diri untuk mengetahui apa yang terjadi di sekeliling anda. Ini dapat mewujudkan perbualan yang lebih bermakna di antara anda berdua.

Selamat mencuba ya. Sekiranya tips-tips ini tidak menjadi, (pergi bunuh dirilahhh) mungkin si lelaki itu bukan jodoh anda. Jodoh anda sedang menanti diluar sanaa~

7 pendapat:

Post a Comment