JALAN2 CARI MAKAN: Nasi Arab Damsyik

Malam ini, sempena sahabat saya turun ke kampung halaman saya, saya dan seorang sahabat karib membawanya pergi jalan-jalan cari makan. Kali ini kami ke Seremban untuk menikmati NASI ARAB DAMSYIK yang rasanya sudah begitu popular di kalangan penduduk Senawang. 


Dah macam orang arab nampaknya saya apabila masuk ke restoran arab ni. Tengoklah makanan-makanannya, memang berbaloi untuk orang kuat makan seperti saya. Dan yang paling best, murah je. Jom tengok menu!


Murahkannnnn!! Semuanya berpatutan. Saya memesan Nasi Arab Kambing dengan air mangga. Al-maklumlah, saya sangat crazee about lamb sejak akhir-akhir ini. Tapi seperti biasa, lepas makan, badan mesti panassss. Tapi sedap punya pasal, ada aku kesaahhh? Sahabat saya yang sedang memegang menu itu memesan Nasi Arab Ayam. Ayam dia besaaaat yang amat, memang tak dapat habis punya (memang dia tak habis pun. membazir sungguh!). Beliau juga memesan air teh satu pot. Air teh tu rase dia mcm flowery sedikit. Lupalah nama dia teh apa. Tapi memang sedap. Satu kelainan.


Ha, gambar di atas ini ketika kami sedang makan. Itu yang macam ada yang hilang~! haha


Perempuan bertudung di sebelah teman baik saya itu ialah Aleng. Untuk pengetahuan semua dia juga seorang blogger. Kalau rajin, lawatlah blog beliau ya! http://www.alengz.blogspot.com/


Haaa, sudah kenyang pun. Alamak, saya nampak buruk pula dlm gambar ni. haha. Tapi bottomline, malam ini merupakan malam yang tidak dapat dilupakan. Bukan sahaja kerana makanannya sedap, tetapi kerana betapa panasnya perut saya ketika ini dan kambing sudah naik kepala.. Aaaaaahhh pening.

Pengajaran : Kalau makan berpada-pada.

Alamat Restoran :
No 1, Jalan Bourgainvilla 1,
(Dekat Jalan Paroi – Senawang),
Taman Bourgainvilla,
70400 Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan.

12 pendapat: