REVIEW: Krim Kecantikan SAFI Lidah Buaya (Tutup hijau)

Sunday, February 6, 2011 15 pendapat
Mungkin ramai yang sudah tahu akan keberkesanan krim kecantikan safi tutup hijau ini (KS). Mungkin juga ramai yang tidak tahu. Sebenarnya jika ditanya tentang fungsinya, saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengehadkannya. Saya gunakan ia sebagai alas bedak, saya gunakan ia apabila bintik-bintik merah naik di muka, saya gunakan ia untuk mensurutkan jerawat dan saya juga gunakan ia untuk mengekalkan warna kulit muka saya, bahkan lebih cerah sedikit berbanding selalu.


Sebenarnya, sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang lebih kering, KS akan menjadi lebih serasi dengan anda. Kulit anda akan kelihatan polos dan gebu jika terus menerus memakainya. Dan malangnya bagi anda yang berkulit seperti saya, memadai jika saya katakan ia membantu struktur kulit muka anda dan anda akan perhatikan kulit muka anda akan lebih bersih berbanding ketika anda menggunakan produk lain.

Walaupun penggunaannya mengambil masa yang lama, bagi saya kesabaran yang saya tunjukkan sangat berbaloi. Saya tidak menyatakan KS merupaka krim yang terbaik di pasaran. Tetapi tidak salah sekiranya anda mencuba, kerana tidak mustahil barangan murah yang boleh didapati dimana-mana pasaraya ini dapat memperbaiki kulit wajah anda. Saya sebagai bukti nyata!

Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai jenis produk kecantikan, daripada yang mahal sehinggalah yang murah, dan mencari keserasian kulit wajah bukanlah perkara yang senang bagi saya kerana kulit wajah saya pernah mengalami trauma akibat penggunaan produk kecantikan yang salah dan juga serangan demam campak yang agresif. 

Antara produk yang pernah saya gunakan:

  • TDF (Therapeutic Dermatologic Formula) - Ini kena beli di klinik sahaja ya. Sangat sesuai untuk masalah kulit.
  • Neostrata - Produk paling berkesan buat kulit saya. (Bayangkan dulu parut muka saya macam setan). Ini pun kena beli di klinik.
  • Clinique - produk ni bagi saya hanya sesuai untuk maintain kulit. Untuk improve, saya tak tahu. Sebab kulit saya tak improve pape pun.
  • Tia Amelia - Ada suatu ketika, produk ni HOTT sangat. Memang best, taaapi uols kena ingat produk ni mostly formulated from thailand, filipina. Negara ni kalau buat produk, na untung je. Chemical banyak doowhh.
  • Natasya - Tak payahlah guna. Cantiklah kulit, tapi sebenarnya mendera. Melabur untuk kanker kulitkah?
  • Eucerin warna hijau - Best jugak eucerin ni, jerawat tak naik. Tapi die buat pori-pori i sangat obvious. 
  • Body shop Tea tree - Tidak berkesan pun. Sedih.
  • Dan banyak lagi. Malas nak tulis
Sekarang ni, saya banyak meminimakan penggunaan produk pada wajah. Clay mask Clinique  banyak lagi tak pakai. Turn around Clinique pun banyak lagi. Toner Eucerin tahun lepas punya pun belum habis. Saya hanya gunakan Pencuci muka Eversoft sahaja dan semestinya krim safi sebagai krim serbaguna saya. Bila saya kurang obses dengan wajah saya, takde pula jerawat nak naik ramai-ramai. Jadi pesan saya, jaga lebih kurang je. Tapi jangan lupe exfoliate kulit tau, saya guna neostrata 15 AHA gel plus. Best!

Sekian review daripada saya. 


15 pendapat:

  • zubir othman said...

    suka entry berunsur kecantikan...lik3.tq for the info....

    Salam new blogger

    nice blog...hehehe

    jom singgah blog saya

    http://zubir5588.blogspot.com
    \segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq

  • EraIrani said...

    saya google pasal safi, jumpa belog awk. muka sy byk parut jerwat, dari entry awk...smgt sy makin berkobar2 nak guna safi hjau .pencuci muka dah guna safi rania gold. walau xla umur gold lagi..hik3

  • m.i.a said...

    hi eralrani.
    Hopefully review i membantu. Just so u know, selalunya penjagaan muka ni kena sabar. Jangan pegang muka banyak sangat tao. Insyaallah, if it meant to be. =)

  • EraIrani said...

    yup....i pn jnis sll sgt tuka2 produk.mcm2 i guna...sbb mnglmi jrwat yg agak kronik.at the end, i g klinik.amk ubat klinik.dari situ la die stop.skng nk hilngka parut2 je...dah cuba safi hijau ni...hope its really works on me:)

  • ema nordin said...

    hi cheq sue,

    dalam kite menggunakan apa-apa pn perlu sederhana. cheq sue try apply sikit-sikit dulu. bile da cover satu muka, pakai compact powder yang warna die mcm kulit cheq sue. jgn putih sgt mcm org slalu pilih powder.

    hope tips ni berguna ya~

  • nadia said...

    i dulu pon guna safi lidah buaya ni..pas uh tukar sbb gatal nak mencuba..so effect on my face tumbuhlah jerawat n plus2 berminyak..then i back to use safi lidah buaya ni (tutup hijau) Alhamdulillah ianya memang sesuai dgn kulit muka i... i lebih sesuai guna safi ni than safi balqis ..thanks ALLAH n thanks safi....

    kesabaran diperlukan untuk mendapat kecantikan, ^ ^

 

©Copyright 2011 EMA NORDIN | TNB