Pelamin Bunga Kertas

Sepanjang tahun ini, ramai sahabat M.I.A yang bertunang dan berkahwin. Al-maklumlah umur sedang sesuai berumah tangga. Hihi. Yang masih sedang berangan-angan memasang pelamin cinta, sibuk membuka internet, majalah perkahwinan, menziarah butik perkahwinan dan lain-lain untuk mencuri idea bagi melengkapi angan-angan mereka. Kali ini M.I.A ingin membawa anda menikmati pelamin cinta yang dihiasi bunga-bunga kertas!








Cantik bukan? Ya, memang cantik. Tapi ia memerlukan suatu ketekunan dan mengambil masa untuk menyiapkannya. Anda mahu buat sendiri pelamin seperti ini? Boleh, tapi ini anda memerlukan sebuah tenaga kerja yang lebih daripada seorang untuk menyiapkannya. Janganlah kerana mahu berjimat anda sanggup membanting tulang membuat semua kerja seorang diri. Pastikan anda guna makcik, kakak, sepupu, dua pupu, tiga pupu anda sepenuhnya ya. Hihi.

Untuk mereka yang sedang mahu belajar membuat bunga daripada kertas. Apa kata anda pelajari sedikit daripada video youtube di bawah:






Bagaimana? Membantu? Harap-harap begitulah.!!!!

P's: Macam manalah rupa pelamin M.I.A nanti ya? M.I.A suka yang berbentuk personal dan lebih casual. Hihi.





2 pendapat: