Lembutkan rambut kering dan rosak dengan Miss-i Pro Hair Vital Factor Treatment Cream

Kebanyakan wanita yang tidak bertudung mahupun litup bertudung, sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan rambut. Saya juga tidak terkecuali. Saya sebenarnya lebih gemar meluruskan rambut kerana ia lebih sesuai untuk pemakai hijab dan lebih senang diurus di awal pagi. Al-maklumlah, sekarang ni bangun pun sudah pukul 5.30 pagi. (Ok, mak saya tak percaya saya bangun awal setiap hari. ten ten ten).

Disebabkan rambut yang melalui proses kimia seperti rebonding, relaxing dan perm sangat senang rosak, jadi saya perlu menggunakan conditioner untuk mengekalkan kelembutan dan kecantikan rambut. Nak pakai Schwarzkopf ke? Dah tak kaya macam dulu dulu la. Jadi, bagi mereka yang sudah berhenti mendapat biasiswa daripada Pa& Ma seperti saya, terpaksala berdikit-dikit dahulu. Hik hik hik. (Boleh survive ke ni dek?? Ngaaaa, rasa na putar masa ke masa silaaaam!!!).


Tadaaaa!!! Gambar atas ini adalah conditioner baru saya. Sepatutnya ini untuk treatment, tapi saya guna untuk conditioner. Alasan? Sebab dia sangat lah murah dan berbaloiiiiiiii untuk dibazirkan untuk kecantikan. Dengan harga cuma RM25, saya dalam sebotol conditioner sebanyak 1400ml! Tiga bulan sure tak habis. Tak percaya 1400ml?


Dah percaya kaaaan?

Seperti biasa saya akan basuh rambut saya dengan syampu. Untuk pengetahuan saya suka beli syampu botol besar, jadi pilihan saya ialah Duvena. Sebab seperti biasa, ia murah dan sesuai dengan rambut. Kebiasaannya, saya akan membeli produk rambut di kedai yang hanya menjual produk rambut.  Ah Kau (nama taram), tokey kedai tu kata, buat apa beli produk mahal-mahal kalau boleh dapat produk murah kualiti sama? (sah dia nak rugikan kedai dia). Jadi kebanyakan produk yang saya beli semestinya atas rekemen beliau.


Ha, ini warna conditioner ni. Kelabu-kelabu sikit. Ramuannya ialah Air deionised, Parraffinum liquidum (mineral oil), CEtyl Alcohol, dan lain-lain. (tetiba decide malas na tulis. haha). Untuk pengetahuan lanjut, sila cari di kedai produk rambut.

Kesimpulannya, treatment cream ini sangat sesuai digunakan sebagai conditioner dan juga berkesan ke atas rambut relaxing saya. Hihi.

SILA CUBA. Tak cuba, tak tahu.



4 pendapat:

Post a Comment