Malam ni aku tahu aku dah minum air dosa. Haha. Taram je aku minum Frapp malam-malam. Tapi nak buat macam mana, air kesayangan aku. Disebabkan call centre Starbucks macam haraaaam, aku mengambil inisiatif untuk pergi ke kedai Starbucks yang konon suruh aku reload guna khidmat call centre sebab offline kat kedai hari tu.
Mula-mula yang layan aku tu budak baru, jadi dia tak kenal aku. Pastu dia cakaplah, hari tu you purchase Journal tu..bla..bla..bla. Aku pun terangkan kejadian hari tu. Garu-garu gak dia dengar. Pastu susah sangat, dia panggil manager dia. Manager dia ni, mulut punyalah manis. Manis lagi dari gula kaaaau. Tak kisahlah, mulut dia manis ke apa, tapi yang paling best aku dapat balik duit reload RM88 hengget aku. Yeayyyy, tak sia-sia usaha malam ni.
Yang paling buat aku happy hari ini ialah.. .. Tedengggggggg
KO ADE???
Wahhh, sejak Disember hari tu, dah sebulan aku tak dengar orang kata aku cantik. Wahh, terima kasihlah adik barista sebab ambil hati akak ni haaaa. Really made my day. Kan best ada orang yang sentiasa ambil hati aku macam ni. Tapi sayang seribu kali sayang. huhuhuhu. Marilah menangis bersama-sama wahai wanita yang tiada kekasih romantika.
Jadi tak jadilah aku berpaling tadah daripada Starbucks. Sekiaaan.
P's: Manager Barista ni siap nak teman sampai kereta. Siot je, malu aku.


2 pendapat:
hehehe...comel...
hahha. apa yang comel ZY oiiiii. duit 20 hengget ehh??
Post a Comment