Haa, bestnya baru balik jogging. Dah lama tak berjogging secara produktif macam ni. Haha. Tak sangka aku sungguh berdedikasi tadi. Habis semua peluh jantan (jantan?) aku keluar.
Sebenarnya dengan jogging sahaja boleh turun berat badan. Tak percaya? Sebab berat korang tak turun kan kaaan. Haha. Kesian korangkan, jogging hari-hari pun sentap berat tak turun, dah tu lepas jogging hentam nasi dua pinggan lepas tu jogging pun asyik berborak je lepastu tangan je hayun lebih, kaki tang tuuuu juga. Haha. Percaya atau tidak, aku berjogging macam berlari hari ni. Hihi. Nah tau tipsnya apa? Jom baca lagi.
Paling penting sekali, korang berjogging mesti ada misi. Kalau korang kata aku jogging sebab nak cantik time sarung baju pengantin korang salah. Haha. Sebab berbulan-bulan aku duk fikir nak diet sebab nak kahwin, takde makne pun aku pergi jogging. Haha. Aku jogging sebab 25hb aku ada competition relay 4x4. Aku kalau masuk pertandingan, aku pantang kalau aku kalah. Jaaadddiii, dengan penuh keazamannya aku turun tasik Shah Alam hari ini. (Dah lama tak lari, not bad for first day).
Nombor 2, hentikanlah dress up nak pergi jogging. Korang ingat korang pergi cari jodoh??? Aku tengok ramai bebenar budak UITM ke UNISEL ke terkedek-kedek sambil bergelak ketawa pastu sibuk komen-komen aku lari camne time aku pass by mereka. (Kesian, dress up pun takde orang nak ngorat. Mesti jeles dengan aku. haa haa haa).
Nombor 3. Ini yang paling menjadi. Korang perhatikan setiap orang yang lari depan korang. Pastu tengok gaya mereka lari. Ini hiburan bercampur motivasi tahu! Lepas tu, apa lagi, korang tirulah cara diorang lari. Aku suka tukar-tukar, sekejap aku tiru orang ni, sekejap aku tiru orang tu. Aku berhenti masa diorang berhenti je. Best gila!
Yang paling best tadi masa hujan, orang terakhir aku tiru gaya dia lari, dia perasan aku tiru. Dia lari dengan sorang kawan dia. Tiba-tiba je. "JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH" "kau boleh""KAU HAMPIR BOLEH MELAKUKAN" "JIKA KAU FIKIRKAN RAGU-RAGU, USAHAMU TIDAK MENENTU".. BLA BLA BLAAAAA. Siottttt. Hahahaha. Lagi terbakar aku nak berlari. Hahahaha. Oleh itu, siapa saja si pelari dua ekor di tasik Shah Alam itu, sekiranya korang terbaca blog aku, aku nak ucapkan TERIMA KAAAASIH!!!! Semoga esok korang ada lagi.
P's: Happy Birthday Kak Long!!!!!!!!!!!!! I Love Youuu!



2 pendapat:
syok tgk org berjogging.kali terakhir LM berjogging thn 2001.haha..lama kan?lps tu tak jogging lg dah. jaga kaki doc tak bg hentak2.so jln laju je smpi skrg tuk maintain berat
oishhhoooo... kenapa doc ta bagi hentak2? Injured ke? Takpe, asalkan exercise. Ema pun skang nak kasi badan fit balik. Na build up stamina.
Post a Comment