Pil kurus: Adipex retard

Dulu aku sendiri tak faham kenapa orang lepas kahwin naik badan. Mulalah mulut ni jahat mengutuk bontot orang berbakul-bakullah, dugonglah, tonglah (sebenarnya mulut aku takdelah jahat mana, nak kasi best baca je. hahahahah). Tapi bila terkena dekat batang hidung sendiri baru padan muka. Teringat tahun lepas berat 50kg je. Huhuhuhu. 

Lepas tunang tahun lepas, badan aku naik. Almaklumlah, hati bahagia, lemak pun beranak pinak lah. Masa kahwin hari tu berat aku dalam 56 kg. (Ya, aku tahu berat). Tapi yang mengejutkan aku dan sekalian keluarga yang melihat, lepas 2 minggu kahwin, berat aku naik 64kg. Nasib baik aku pergi klinik doktor tu suruh timbang. Kalau tak, memang terus meneruslah aku makan. Memang mok mokkkk nyeeee. Hari ni dah turun 60 kg. Aku tak pasti macamana boleh turun 4 kg tu, tapi aku takdelah makan dari pagi ke pagi macam time cuti kahwin hari tu.

Disebabkan the sense of awareness daripada mak, mak mertua, kakak dan suami (suami pun da dobot), aku pun pergi jumpa doktor minta ubat kurus. hihihihih. Ni ha ubat dia.


Dekat tangan aku ada 20 biji pil adipex retard ni. Ini fungsinya nak kasi selera makan kurang. Aku memang jenis kuat makan, kalau makan aku teratur badan aku kurus balik. Jadi aku nak try makan pil ni untuk 20 hari je. Lagipun aku nak kurus dalam 6 kg je.

Kalau ada yang berminat nak tahu tentang Adipex retard ni, silalah google atau jumpa doktor. Ni antara website tentang ubat kurus ni.


P's: Makan pil pun kena bersenam juga! Makan tu jangan main sondol je.
P'ss: Rasa rasa diet kali ni jadi tak? jadi tak? Lagi 3 minggu aku update.
P'sss: Pil kurus selalunya ada side effect, make sure jumpa doktor sebelum ambil sebarang jenis pil kurus.


8 pendapat: