Deko ruang tamu: ungu, hitam dan putih


Pada awalnya, idea utama aku merias ruang tamu ialah penggunaan warna hitam dan putih sahaja. Bagi aku, less is more dan penggunaan wallpaper sebagai feature wall sangat menarik. Tapi bila lama-lama tengok, rasa macam kurang garam je deko ini. Kena letak spice sikit... .... ... Contohnya, penggunaan sedikit warna yang MERIANGKAN!

Jadi sebagai kipas-susah-mati warna ungu. Aku pilih ungu, hitam dan putih sebagai warna ruang tamu untuk kali ini. Kat bawah ni ada beberapa idea yang boleh diaplikasikan di rumah. 


Penggunaan warna putih yang lebih banyak berbanding hitam menggambarkan suasana nyaman dan ungu menambah sedikit kemanisan pada ruang tamu. Penggunaan warna lembut pastel memberi sentuhan feminin dan sangat sesuai untuk mereka yang berpersonaliti lembut.


Untuk mereka yang sukakan perhatian (seperti aku), ungu diraja seperti sofa dan lampu meja ini sangat sesuai diletakkan di ruang tamu. Suasana ruang tamu menggambarkan tuan rumah yang intrend dan muda. Sedikit eklektik tetapi menyamankan.


Penggunaan hitam dan ungu yang banyak juga boleh menimbulkan suasana suram. Suram tak semestinya tidak cantik, bagi aku, ruang tamu sebegini sesuai untuk mereka yang sukakan ruang yang banyak untuk diri sendiri. Suasana yang sesuai untuk merehatkan fikiran yang sehari suntuk bekerja di pejabat. =)


Ketika menghias ruang tamu anda, jangan lupa untuk memberi sedikit sentuhan peribadi untuk membenarkan sedikit personaliti anda ditonton oleh tetamu. Hiaslah rumah mengikut citarasa anda bukan citarasa jiran anda.

P's: Jiran beli sofa baru, hang nak beli sofa baru. Jiran hutang courts, hang nak hutang Along. =.='

4 pendapat:

Post a Comment